Lebih jimat apabila berbelanja di S’MART Lebih jimat apabila berbelanja di S’MART
 

Tentang Kami

Tentang Kami

Diasaskan pada tahun 1999, SUPPLIER’S MART lebih dikenali sebagai S’MART, dibangun dan diuruskan sepenuhnya oleh Prestico Sdn. Bhd., mempunyai lebih daripada 200 kedai dengan pelbagai pilihan dari barangan runcit, pakaian & fesyen, barangan elektrik, telefon bimbit dan aksesori ke kasut – yang memenuhi keperluan rumahtangga dan pembekal perniagaan disamping mengutamakan kebersihan dan seterusnya mewujudkan satu destinasi sehenti yang ideal.

Alami nikmat memilih dari pelbagai hasil ladang segar, termasuk ikan dan ayam itik bermutu tinggi yang dihantar terus dari ladang dan bot nelayan milik kami sendiri tanpa sebarang kos orang tengah yang mahal. Dengan kerjasama P&M Poultry, Telur Megah Eggs Wholesale dan KF Vegetable Wholesale kami memastikan barangan harian kami dijual pada harga yang kompetitif untuk dinikmati oleh pelanggan kami setiap masa.

  • Hasil Laut S’MART dibekalkan segar dari Sedili, Endau, Mersing dan Pontian ditangkap melalui kaedah tradisional “Bubu” menggunakan sangkar buluh, menjadikan hasil kami lebih asli, enak dan sihat.
  • Ayam/ Daging S’MART dibekalkan segar dari ladang ternakan setiap hari, siap dipotong dengan perkhidmatan dan nilai terbaik.
  • Sayuran S’MART diimport dari China, Thailand, Australia serta dari ladang tempatan seperti Cameron Highlands, ladang kampung dan ladang bebas racun perosak dengan lebih dari 250 jenis sayuran dan herba.

Dengan pengenalan pemasaran barangan segar yang berterusan dari pagi hingga petang pelanggan diberi akses yang lebih baik untuk membeli barangan runcit sesuai pada masa yang tersendiri, baik kepada pelanggan harian S’MART ataupun pelanggan jenis tempahan dan penghantaran. Dengan menggabungkan sistem penghantaran dengan Midas, S’MART menawarkan ‘Penjimatan Pembelian Pukal’ setempat yang ideal untuk pembeli pukal dan pelanggan rumahtangga agar pelanggan dapat menikmati penjimatan yang lebih besar.

Seseorang itu tidak dapat berfikir dengan baik atau tidur dengan lena sekiranya ia tidak dapat makan dengan baik. Oleh itu, jemput ke Medan Selera S’MART kami untuk menemui pelbagai jenis makanan yang akan memuaskan selera anda. Kami menawarkan makanan tempatan, halal dan lazat semuanya di bawah satu bumbung.

Menjelang Julai 2018, Medan Selera kami yang berwajah baru akan memperkenalkan syurga makanan dengan suasana yang nyaman “feels-good” dan menawarkan hidangan makanan yang lazat “taste-good”. Nantikan maklumat selanjutnya.

Pusat perniagaan kami dilengkapi dengan kemudahan moden untuk memudahkan khidmat tempahan serta menyediakan maklumat harga & penghantaran bagi sebarang pertanyaan dengan Midas Mart sebagai Pusat Penyelesaian Sehenti anda.

Dapatkan ganjaran melalui sistem pengimbasan barkod berteknologi tinggi kami yang mengumpulkan mata ganjaran ke dalam kad keahlian anda di mana-mana kedai MM Reward berdaftar, untuk menebus hadiah eksklusif, baucar dan banyak lagi!

S’MART sentiasa memenuhi keperluan harian anda dengan setiap caranya!

Rakan Kongsi S’MART :